Thursday, November 3, 2016

Pulau Redang (Part 2)

Sampai kat Pulau Redang, satu lagi hazab menanti kekdahnyer. Nak menunggu pakcik driver traktor menjemput sebab nak ke Redang Lagoon jauh katanya, ditambah pulak air pasang, maka jalan darat adalah pilihan.cewah.. Paling best skali bila traktor kami sampai, kami semua terkejut level paling tinggi. Ko tau kenapa? TRAKTOR kami takdak bumbung aihh...menyingai je la yer panas-panas cenggini.jadik model iklan colgate dulu yer.

Sampai je, berebut plak nak check-in dengan orang len. Memasing tak sabar nak letak badan. Proses check-in senang sangat sebab just tunjuk bukti booking dengan Akasia Tour, terus dapat kunci. Lepas settle semua, kitaorang decide nak release stress dan penat dengan lepak santai tepi pantai. Beza Pulau Redang dengan Pulau Perhentian, kat sini banyak buat wakaf nak meng"chill" kan diri korang.Jadi feeling-feeling pantai tu amatlah terasa wehh...Buaian pun banyak bleh la feeling Bawang Putih Bawang Merah sekejap. 


Bila abg beach boy yang tolong capture, mmg terserlah lah beach dekat gambar ngko yer..:)
Masa ni ombak bergelora dan BENDERA MERAH telah dinaikkan.Masa ni barulah aku faham apa function Bendera Merah dengan Bendera Hijau tuhh. Kalau time Bendera Merah, janganlah sengaja nak menguji kehebatan diri untuk mandi yer. Kalau tidak, jadik la macam kes yang kitaorang nampak depan mata neh, 2 orang budak lelaki cina hampir lemas. Memula main tepi gigi air jer, sekelip mata ombak datang terus terkapai-kapai. Sib bek abang-abang beach boy kat sini cekap dan pantas membantu selamatkan. Allhamdulillah...semua selamat dari kejadian tak diingini.

Oleh sebab semua aktiviti laut dihentikan sementara untuk hari ni, so,aktiviti kitaorang petang tu digantikan dengan acara melepak beramai-ramai sambil chit chat.Release tension katanya. Malam plak, pihak chalet dah ubah tentatif kepada BBQ sebab nak elakkan kami semua bosan.Style BBQ secara buffet weh..Pepaham je la...macam style duduk asrama.Sapa cepat dia dapat!!! Sib bek kawan aku si Mayzi sempat menjamah makanan. Kalau tak, memang tidur dengan irama keroncong je ler..

Malam tu tak boleh g memana pun, lepak bilik je la.Ada satu je choice, ko g melawat atau lepak kat bar resort sebelah. Tapi tu bukan jiwa aku kan. Hujan plak turun renyai-renyai, jadik lepak atas katil dalam bilik lagi syok. Cuma besok, aku harap...last chance nak tengok sunrise kat pulau ni sebelum balik.So, tido awal la malam ni...Jangan nak borak kelaut sangat.

Tuesday, October 13, 2015

Pulau Redang (Part 1)

Hai....Dah lama tak menulis ni, rindu plak rasanya.Okeh, arini Nad nak citer pasal short escape ke Pulau Redang. Last minit plan, sbb betul-betul nak escape daripada bebanan kerja.Haha, sib bek menjadi dan memang ade rezki.Sebab nak senang dan bnyak blajar dari pengalaman dlu, kali ni guna khidmat Puan Intan dari Akasia Travel & Tour utk uruskan penginapan,makan dgn siap boat transfer skali.Mmg berbaloi dengan harga RM 270 setiap orang dan travel waktu weekdays(rabu-jumaat).Makanya ke pulau bawak diri je la nak.Ehh, jgn lupa plak book sendiri tiket bas dr destinasi korang ke Kuala Terengganu.Itupun klu korang nak bertolak dari Jeti Syahbandar la.Kalau korang nak naik dari Jeti Merang, kena la naik teksi dari Kuala Terengganu tuh.

Kali ni, trip ke pulau tinggal 4 orang je.So, tahap survive adalah level tinggi.Haha...Sib bek pakcik driver bas baik hati kejutkan kami yang tertido.Nampak sgt memasing xpernah smpai Kuala Terengganu.Hihi..Kedatangan kat sini, disambut dengan hujan rahmat yg agak lebat menyebabkan kami yang mamai dari tido ni blur sekejap.Haha.Sementara tunggu hujan reda, kami solat subuh dan isi perut dulu.Nasi Dagang dan kuih tradisional Ganu jadik pilihan

abaikan muka sememeh tuh. ni la jadiknyer kalau lepas trun bas terus wefie

Bila hujan dah reda, kami menapak mencari Jeti Syahbandar. Rupanya xjauh pun, lokasinya sebelah Pasar Payang saja.Jarak dari Stesen Bas K.Terengganu pun cuma 8 minit je klu jalan kaki dengan penuh gaya model.Oleh sebab dh smpai awal, kitaorg terus carik kaunter utk dapatkan tiket feri. Tak susah, just tunjuk je bukti booking dgn agent, nti diorg akn mintak isikan nama penuh ahli dlm group dan masukkan no ic skali yer.

Sebab feri kitaorg ni yg first trip, ditambah dengan keadaan laut yg agak bergelora, goyeng jugak hati neh.Macam taw-taw je kan, bila gerak je feri ni, cuaca pun jadik mendung siap dengan guruh lagi jahh...Makk aii, cuak betol time neh.Perjalanan 1 jam setengah dah rasa macam 13 jam...Berderai-derai org muntah dlm feri termasuk la kak nad.Mintak maaf ler, scary bebenor rasanya.Mungkin sebab cuaca kot.hihi

Rupanya bila feri tu berhenti, ingat azab dah habis.Rupanya ada lagi stage tggu menunggu bot kecik berbumbung nk jemput deme bawak ke pulau ikut tempat penginapan. Kalau lambat dia amek, maka lama lah korang dekat tempat menunggu yang terbuai-buai di tengah laut itu (sbb tempat tu bot sebenarnya).Pemandangan kat atas tu not bad, tapi sebab dah pening, apa pun dah cantik pun dah xnmpak.Hihi.Finally sampai jugak bot kecik kami, meredah lautan bawak kami ke Redang Lagoon!!


Cantiknyer Redang neh, walaupun masa ni cuaca kurang baik dan laut bergelora






Thursday, March 19, 2015

Cinta Setiap Hari

Bila baca je tajuk dekat atas tu, mesti rasa lain macam je Kak Nad ni yerk?? Dah kenapa plak nak ber "feeling" cintan cintun time nak merapu nehh?? Adakah hati Kak Nad tengah berbunga-bunga??? Jeng..jeng...jeng...Ohh! Tidak-tidak ye adik-adik ku semua...Kak Nad cuma nak share apa yang Kak Nad rasa hari-hari.

Ini bukan cerita pasal cinta. Tapi teori kegembiraan kita apabila kita banyak menghabiskan masa dengan memenuhi keperluan hidup seharian. Ehh?? Konpiuuss?? Okeh, macam ni..Apa aktiviti yang ambil masa korang paling banyak dalam sehari, seminggu... Haaa..Belajar...Kerja...Bersukan... Yup...benda tu dah jadik macam rutin kan? Pernah tak kekadang korang rasa macam boring giler jer nak menghadap situasi tuh?? Feeling "MALAS" jer nak pergi kelas, nak pergi keje...mula nak training sukan...

Jadik kat sini Kak Nad nak sharing konspirasi dinamik yang melekap di otak Kak Nad ni yang membuatkan Kak Nad mampu mengangkat kaki untuk menekan pedal minyak kereta serta bertahan di opis meng "settle" kan kerja-kerja opis.


1. Cuba pilih warna pakaian yang bersesuaian setiap kali ke tempat kerja  



Pemilihan warna baju yang sesuai mampu meransang emosi kita untuk lebih bersemangat ke tempat kerja serta memberikan kualiti yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan. Ini bukan Kak Nad je cakap, tapi psikologi juga mengesahkan fakta neh. Kalau tak caya cuba baca nehh....



2. Pastikan anda cukup tidur dan rehat



Tidur yang cukup dapat membantu menstabilkan emosi kita untuk keesokan harinya serta menjadikan badan kita lebih cergas. Kalau nak extra quality tidur, minum susu atau pun minuman berasaskan koko sebelum tido.Tak caya?? Cer cuba dulu...




3. Mempertingkatkan amalan rohani sambil mengisi masa lapang



Perlu diingatkan, walaupun anda adalah peminat tegar Kim Soo Hyun, tetapi jika kim Soo Hyun telah membuatkan anda tidak dapat membahagikan masa secara berkesan...nampaknya Kim Soo Hyun perlu di"lock" sekejap dalam almari. Hehe...Bukan apa, keseimbangan itu perlu. Betol kan?? Apa salahnya kita pertingkatkan amalan rohani kita dengan berzikir, membaca Al-Quran dan juga solat sunat seperti tahajjud dll. Bila dah buat semua, kita serahkan pada Allah SWT untuk permudahkan setiap urusan kita..



4. Wujudkan Secret Admirer/Crush di tempat kerja/belajar/ bersukan anda

Okeh yang ni mesti terbeliak bijik mata bila tengok Kak Nad suggest yang neh. Haha...giler kentang ekkhh saranan ni. Konfem menangis punya dengan saranan ni. Haha...Sebenarnya cuma wujudkan seseorang yang anda sangat minat dengan personaliti, ketrampilan serta sikap dia dalam bekerja/belaja/bersukan. Maksudnya...korang akan nampak orang ni banyak inspired korang dalam belajar/bekerja bersungguh-sungguh. Kiranya korang akan ikut sikap dia yang bagus dan korang akan cuba perbaiki diri dari masa ke semasa.





Tapi...macam mana kalau korang inspired dengan orang yang berlawanan jantina, kemudian akan jadi isu plak dengan level"inspired" korang tuhh?? Haha...itu diluar bidang kuasa Kak Nad. Kalau korang kagum tetiba tertukar jadik minat,suka atau jatuh cinta...itu dah kira takdir la kan.. Tapi paling penting, pembinaan perasaan itu harus menjurus ke arah profesionalisme dan dapat bagi kebaikan kepada korang dalam perbaiki diri ke arah lebih baik.


Rasanya itu je kot yang Kak Nad nak kongsi. Korang kena bina perasaan nak majukan diri ni secara asasnya. Lagipun, perasaan malas itu hanya wujud bila kita terlalu layankan sangat perasaan tuh serta hasutan dari syaitan yang selalu nak nampak umat Nabi Muhammmad SAW ni lemah dan mengalah. Jom majukan diri!



Wednesday, February 18, 2015

Wonderful Korea (Day 1)

Okey, masuk ke hari pertama di Korea.Masih lagi rasa macam mimpi sampai di Korea ni kengkawan! Walaupun dah hampir setahun kesana, tapi rasa macam masih baru lagi menjejakkan kaki ke sana. Hampir setahun juga baru nak buat sambungan cerita ke Korea ni kan. Haha...Okey la, kita sambung cerita yer. Kitaorang sampai di Lapangan Terbang Icheon lebih kurang pukul 8.15 pagi, ikut waktu Korea Selatan. Sampai kat sana mmg rasa lain sangat, sebab lebih kurang 5 minit sebelum mendarat di airport, tetiba dlm flight diselubungi kesejukan. Bukan kesejukan aircond ye...tetapi suhu di Korea Selatan yang mencecah 7 darjah celcius menyapa tubuh terlebih dahulu. Terus suasana dalam flight berubah. Boleh dikatakan kesemua warga flight ni terus sarung baju sejuk. Macam-macam rupa ada, yang berbulu, kaler terang, semua ada. Al maklumlah pengaruh K-pop menular, terus berubah style memasing.


Disebabkan perjalanan hampir 8 jam, makanya bila turun dekat airport tu, mmg terasa lesu sangat.Ditambah plak kesejukan yang mencengkam, memang blur-blur la bila turun flight. Sebaik sampai, perkara yang utama adalah pemeriksaan imigresen.Kebetulan masa kitaorg kat sana, agaknya terkena musim konvokesyen universiti disana. Jadi ramailah muka rakyat Malaysia yang mungkin bekas pelajar disana, ada dekat laluan Imigresen tu. Nasib baik teknologi diorang canggih, jadi proses tu jadi sangat pantas.Lagi satu memang nak puji airport diorang. Memang terbaik! World Class! Tempat bagasi selesa dan luas, tak perlu berhimpit-himpit macam kat Malaysia. Lagi satu, bangunan untuk tunggu atau hantar penumpang turun dari flight adalah berbeza dengan bangunan untuk ambil bagasi.Sebab lepas ambil bagasi, kita akan naik 1 train mcm ERL tu untuk pergi ke satu bangunan lain untuk jumpa orang yang jemput kita. Paling suka sekali time naik train tu, takde rebut-rebut dan tolak menolak macam kita nak naik komuter dekat Malaysia ni.Sebabnyer dia akan buka satu persatu pintu train.Belah kiri untuk naik. Belah kanan untuk turun, jadi sangat-sangat selesa dan kemas je kan.




Kemudian bila dah sampai bangunan untuk menunggu tu, kitaorang diperkenalkan dengan Tourist Guide dekat sana. Mr David nama dia. Comel je orang nyer. Pakai baju kuning lagi dia. Ramah orangnyer dan sangat fasih berbahasa inggeris. lepas berkenalan dan menyapa, David bawa kitaorg keluar dari bangunan airport untuk naik bas kuning yang dipandu seorang 'uncle' yang berusia lebih kurang 70 tahun. 70 tahun?? boleh ke uncle ni bawak kitaorang ni. Macam tak percaya plak kan! Haha...tapi yang paling mengejutkan, masa kuar dari bangunan airport tu, tetiba jer pipi jadik keras.Oh sejuknya!!! Lupa plak cuaca berubah, suhu pun berbeza.Terus kuar asap berkepul-kepul dari mulut bila bercakap.Haa...bukan smoking k! Tapi sebab sejuk taw..Wah! time ni feeling ala-ala citer My Princess la! Best woo! Macam gayat je memula bila asap ni keluar. Tak henti-henti bercakap.






Saturday, January 17, 2015

Tahun Baru Azam Baru

Assalammualaikum wbt

Ececeh..ada macam gaya PU Azman tak? Haha...tetiba rasa macam acah-acah cute plak. Baru terpanggil-panggil nak jenguk blog neh setelah bersarang lelabah disini.Rupanya setahun lebih tak jenguk blog.Dashyat kann..sib baik Kak Nad punya staf tegur kenapa berabad tak hupdate blog.(tak sangka staf rajin baca blog merapu ni,wpun tak follow.TQ)

Ok la, jom jalan terus jangan belok-belok...hihi.Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 untuk semua.Walaupun macam-macam isu yang timbul pasal perbuatan 'wish' tahun baru neh, tapi Kak Nad anggap apa yg penting, niat ikhlas kita dalam melaksanakan perubahan ke arah lebih baik dari sebelumnya.

Cuba carik balik list yang korang berkobar-kobar buat awal tahun 2014 dulu. Ada lagi tak impian atau pun target yang belum tercapai? Takde? Kalau takde, baguslah tu.Tapi kalau masih ada, bawak sekali impian murni sesuci Murni Discovery tuh dan cecita korang ke tahun ni.Pasal tahun lepas, belum cukup usaha, jd tahun ni tolong tambahkan cukup ramuan supaya kebaboom niat suci murni korang tuh dan menjadi kenyataan.Ada yang tak yakin diri??? Hurmmmm.. bagi Kak Nad senang je.Bersihkan hati, fikir positif dan kuatkan semangat serta tak lupa panjatkan doa pada Allah.Sebab takde yang mustahil selagi kita berusaha.Allah pasti bantu permudahkan segala jalan.Trust me!

Macam Kak Nad, impian tahun ni rasa takde spesel pun.Yelah, bila dah level kertu macam Kak Nad neh, lebih bnyak terfikir nak buat perubahan diri ke arah tingkat yang lebih baik.Ape?? Mangkuk tingkat? No...no..no...itu statement kejam.Haha.Maksud Kak Nad, kalau sebelum ni Kak Nad banyak jugak joint event-event hiburan dengan retis kan.Rasanya tahun ni, dah mula nak reduce atau inactive terus aktiviti cenggini. Bukan blocking retis atau tunjuk baik yer, tapi dengan umur yang makin kertu, Kak Nad perlukan pengisian yang lebih baik utk rohani Kak Nad.Sambil tu boleh jaga batas pergaulan.Selalu Kak Nad doa untuk dapat jodoh terbaik, tapi Kak Nad pun kadangkala alpa dalam perkara-perkara cenggini.

Doakan Kak Nad istiqamah dalam melaksana syariat Islam neh.Tabik hormat dekat Felixia Yeap sebab bila baca survival hidup dia, rasa macam dia lebih berusaha kuat untuk jadi muslimah terbaik. Lagi satu, rasanya tahun ni nak sambung degree part time dkat mana-mana IPT yang ada tawarkan bidang pengajian kegemaran Kak Nad, iaitu Komunikasi. Tetiba plak terbuka hati untuk menimba ilmu selepas 8 tahun tak belajar.Mungkin sebab nak tukar angin plak cuba benda baru selain keje kewangan dan akaun.Rasa cam dah tepu jer.Eh..eh...eh...Haha

Ehh..merapu panjang plak Kak Nad arini ekh.Mentang-mentang la hari cuti,tu yang syok sangat menaip. Ada yang dah mula menguap dah baca belog Kak Nad.Ok la, nak bagi korang rehatkan mata puas-puas.Time ni la nak manjakan diri.Selamat maju jaya kome semua.Selamat Tahun Baru 2015.Yakin diri,kejar azam dan impian dengan penuh tekad dan semangat.

Adioss....


Saturday, August 10, 2013

Zaujahku...Adakah kamu, dan kamu?

Tetiba je post benda-benda cenggini plak time-time raya kan. Kalau post rendang atau ketupat ke, baru la best ekh..Haha...Okeh, idea ni dapat bila asik tengok trend orang bertunang or kahwin time raya-raya cenggini.Berpusu-pusu plak undangan jadik tetamu.Ekkhh?? jadi tetamu je? Bila nak jadi pengantin plak kan? Haha..Kena kat batang idung sendiri plak ea...

Alahh..rileks brader..jgn touching-touching...sebenarnya setiap dari kita ni,especially org pempuan mmg telah ditakdirkan (zaujah- jodoh ) buat kita.Cuma cepat atau lambat tu,kita kena la tunggu bila tiba masanya. Kalau xcaye,leh tengok ayat kat atas tu ea..

Jangan sedih sangat kalau tengok orang lain berkahwin ke, bertunang ke, ade kekasih ke, tapi diri kita takde. Takde masalah pun takde semua tu, sebab tu bukan jaminan yang kita konfem berkahwin dan bahagia. Tapi usaha itu perlulah ada jugak.Tak salah pun kalau kita nak berkawan dengan sesiapa yang membuatkan kita rasa selesa. Mana tau kalau berjodohan plak kan? Untunglahh... Kita berusaha, tapi hanya Allah yang menentukan semuanya.Maka kita kena usaha, redha dan tawakal...

Sunday, May 12, 2013

Wonderful Korea

Annaeyonghasaeyo!!! Wah,ala-ala gadis Korea gitu. Oleh kerana sangat busy,masa nak menghapdate blog pun macam kena kejar mengejar. Okeh,kali ini terus nak citer pasal trip ke Korea masa Mac aritu.Teruja kemain "kak Kiah" g sana,tapi baru arini dapat share kat dalam blog ni.hehe

Sebenarnya trip ni dah pun dirancang selama 9 bulan sebelum tarikh pegi.Al maklumlah first time pegi dan pegi by travel agent.Jadik kos pun agak tinggi gak la.Kali ni Honey Vacation menjadi pilihan dan diberi kepercayaan merealisasikan impian yang disimpan bertahun-tahun lama dah.Trip kali ni, my sis pun join gak, sebab dia pun excited nak tgok K-popers.

Seperti yang dijanjikan, trip dari 7 mac hingga 12 mac, selama 6h 5m ni pun bermula. Wah seronok dan excited giler! 2 bulan sebelum pegi ktorg dah mula buat persiapan, memandangkan trip kali ini pada penghujung winter dan awal musim bunga. Takut ada yang beku plak sampai kat sana nanti sebab kat Malaysia takde musim mcm ni. Flight tiket kami pkul 1pagi (7 mac) tapi 6hb lagi aku dah apply cuti kat Boss sebab excited sgt! jangan marah ea Boss. haha

Flight pukul 1 pagi,tp pkul 10 malam ktorg dah terpacak kat LCCT tu.Konon-konon takut terlambat.Haha..Pas check in baggage semua, ktorg lepak dlu kat kedai makan yang ada. Trip kitaorg cuma 10 org je termasuk wakil travel agent dan ktorg berdua.Seronok travel agent sbb senang nak jaga.haha(marah Shawal kat aku).Time waktu nak naik flight,baru perasan rupanya ramai gak yang wat trip sama date ngan kitaorg. Penuh jugak flight dengan semua org Malaysia yang ber 'feeling' "winter sonata" ni.Hehe


Muka suci murni nak ke Korea tanpa sebarang make up.Ikut nasihat Fatin Liyana punya pasal.haha
Oleh kerana perjalanan mengambil masa 8 jam, boleh dikatakan masa dalam flight dihabiskan dengan aktiviti 'tido'. Kalau korang jenis orang yang cepat lapar, jangan lupa book skali makanan utk flight pergi dan balik bagi mengelakkan perut berbunyi.Hehe. Macam aku smua agent dah book kan. Tapi jangan terkejut, macam trip aku aritu, rupa-rupanya stewardess bagi makanan 2 kali. Kitaorg dpat makan pkul 2.30 pagi, yang 1st batch. Memula terkejut gak, nak makan nasik lemak time macam tu. Tapi sbb xtahan bau sambal bilis belacan tu menusuk hidung, makan la jugak. Pas makan, budget nak sambung tido balik la konon kan. Rupanya tak dapat. Al-maklumlah kami amek kelas ekonomi, jadi bising memang bising. Pastu dengan orang ulang alik pegi tandas, lampu flight yang on je. Pkul 3.45 pagi baru off. Pastu on balik sebab nak bagi makan utk 2nd batch pkul 4.30 pagi. Wahaha...memang tak dapat tido la. So,kalau korang ada duit lebih spend la utk kelas bisnes, takpun kalau nak elak sleepy, korang tido puas-puas kat umah sebelum flight.



Surat Kritikan Pada Diri. Motivasi? Tekanan?

Semalam masa carik balik buku-buku lama untuk preparation exam penolong juruaudit,tetiba aku jumpa satu surat. Hurm, bukan surat cinta taw.tapi surat yang bebudak kelas aku buat masa diploma dulu. Katanya surat luahan, sama ada kritikan terhadap kebaikan atau keburukan terhadap seseorang itu. Sebenarnya setiap orang dalam kelas aku akan dapat surat ini. Caranya senang je, setiap sampul surat akan ada nama korang, pastu setiap budak kelas lain akan bagitaw kebaikan dan keburukan korang,tapi masa diorang tulis tu, korang tak bleh baca. Nanti masa surat dah diserahkan baru la, korang bleh baca semua komen tu,tanpa korang taw sapa yang tulis. Melainkan la korang hafal rupa tulisan kengkawan korang. Macam aq, aq cam tulisan setiap orang. Haha, habislah sapa kutuk aku "kaw-kaw" tue.

Actually masa baca surat tu, terkejut jugak dengan komen-komen yang diberikan. Lagi-lagi part kritikan keburukan/kelemahan tu. Bukan tak bleh terima komen diorang,cuma cara penyampaian diorang tu sangat la kasar. No, that's not mean i'm so sensitive dan tak boleh ditegur! Cuma sebagai org yang dah matang at that time, aq rasa teguran utk kekurangan tu boleh diubah dalam kaedah yang lebih positif dan bermotivasi kan. Rasanya itu cara yang lebih baik.

Sebab mengikut pakar motivasi, emosi manusia adalah bergantung kepada persekitarannya. Perlu diingatkan juga bahawa bukan setiap manusia dapat melalui kadar tekanan yang tinggi, kerana semua ini bergantung kepada emosi serta pengalaman diri serta kisah hidup seseorang. Kalau tetiba lepas baca je kritikan pedas tu, terus orang yang kena komen tu sakit jantung macam ner? Ha, kan dah bersalah seumur hidup.  Jadi, bukan setiap orang boleh menerima cara kritikan tersebut. Rasanya lebih baik kalau cara kita komen tu lebih kepada sikap nak menasihati sebagai seorang sahabat. Bukankah itu lebih baik kan?

Sebenarnya setiap manusia juga diberikan kelebihan dan kekurangan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita juga kena terima kelebihan dan kekurangan setiap orang. Bukan kita meminggirkan atau guna medium yang lain untuk kritik dan bidas dirinya. Tapi cuba terima kekurangannya dan bagi nasihat untuk sama-sama membantu memperbaiki. Hidup manusia saling membantu dan melengkapi. Bukan bila rasa banyak kekurangan dirinya, kita "pulaukan" dia dan jauhi dia. Kena bertindak lebih matang dan dengan hati yang bersih. Nescaya hidup kita pun dipermudahkan Allah SWT.