Rasanya dah lama jugak tak menjengah ke blog,rindu plak rasanya...tapi kali nie, sempat curik-curik masa nak menulis (ni kalau bos taw,habis la ngko adilah, haha...)
Kali nie curik-curik masa hadiri Kenduri Raya Nubies...anjuran Nubhan FC...sebenarnya kalau nk diikutkan..dh lama aku tak berpeluang nak sertai aktiviti NFC..dekat setahun jugak,kerana tuntutan tugas pada agama dan bangsa..cehh..Kali ni, kenduri - kendara dijalankan di rumah salah seorang AJK Nubies, Kak Yani. Aktiviti di Banting,Selangor ni melibatkan semua Nubies,ajk NFC dan Nubhan sendiri..Aku bertolak ke Banting pada pukul 8.30 pagi,bersama 2 lagi ahli Nubies yang lain si Ezzah dan Fiffy.Tp kena pick up diorg dlu dekat depan IOI Mall Puchong, maklumlah org tak berapa nak mesra alam dengan jalan area Puchong.haha
Sampai disana lebih kurang pkul 10.10 pagi...kehadiran disambut mesra oleh tuan rumah dan Ajk Tertinggi NFC (wah ayat,budget ADUN ke kitaorg nie)...selepas bersarapan pagi,ktorg telah direwangkan bersama-sama tuan rumah,nubies yang lain dan AJK NFC membuat persiapan untuk memasak...lebih kurang pukul 1.00 ptg semua juadah telah siap disediakan selepas semua berganding bahu bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk kenduri.. Nubhan akan hadir bersama dengan familynya.. Dalam keterujaan, menunggu kedatangan Nubhan,kesemua Nubies saling beramah mesra dan berkenalan...lebih kurang pkul 3.30 ptg,Nubhan dan keluarga sampai.Aduhai lambatnyer sampai,bukan setakat lagu keroncong..lagu rock pun dah keluar dalam perut aku..
Nasib baik ada kehadiran jiran tetangga kat situ,kalau tak habislah makanan kat situ kitaorg yang lapar nie sepah,hihi.. Sambil makan dengarlah Nubhan menyanyi. Lepas tu bleh autograf dan tangkap gambar dengan Nubhan...ngan mak dia pun boleh,mana taw bleh jadik calon menantu kan..hoho..Lebih kurang pkul 5.30 ptg,aku serta 4 lagi nubies yang lain bergerak pulang...Tetapi pengalaman yang tak dapat kulupakan semasa menghantar ezzah,fiffy,eicha dan intan pulang..siapa sangka pada hari tu,aku "round' satu KL dan Selangor.Bermula dari Banting ke Puchong terus ke Desa Petaling terus ke Desa Pandan dan ke Cheras lalu berakhir di Kajang...Gila-gila punya trip ari tue.Pape pun mmg terbaik la kan journey kita semua ari tu...
1..2..3...snap...sempat lagi semua ni ^0^
Snap pict dengan otai - otai Nubies
Yeay...dengan Nubhan plak..tp nape plak si Nubhan buat muka mcm tue ekh??haha



No comments:
Post a Comment