Sejak awal bulan 3 lagi aku dihimpit kesibukan bekerja,cuma kali ni baru berpeluang berkongsi rasa dalam blog ku ini.okey,tak mau buang masa lagi.mesti semua nak dengar citer ke Bandung nie kan?hehe..perasan la pulak aku nie.
Trip aku ke Bandung sebenarnya dianjurkan oleh pihak opis aku sendiri.Oleh kerana aku tak pernah ke luar negara,jadi aku gunakan peluang ni utk menyempurnakan hasratku. Allhamdulillah perancangan terlaksana,tanggal 25-27 Mac, rombongan "cik kiah" kami berlepas ke sana pada pkul 9.20 pagi. Menaiki pesawat Air Asia,tak dapat aku gambarkan perasaan ketika itu, pertama kali berada di udara dan melihat ciptaan Allah di angkasa raya... SubhanaAllah..takjub dan kagum sangat
Sampai di sana,lebih kurang pkul 11.15 pagi. Dah la first time aku naik flight,boleh pulak dapat pengalaman yang tak dapat dilupakan masa mendarat. Oleh kerana landasan di sana masih dalam pembaikan,maka terjadilah aksi-aksi tak terduga oleh pilot..airplane xmau berhenti plak time nak mendarat. Apa lagi, cuak la semua, dah la dekat depan tue tembok batu...berdebar ko jah..haha..tapi nasib baik semuanya selamat. Turun je dari flight,terus capture pict dgn airplane (sbb kat mlysia tak dapat buat ni). Tapi time nak melepasi kaunter imigresen kat sana, amek masa sikitla..semua nak discan,dari mata,jari jemari dan kebanyakkan pemeriksaan dilakukan secara manual. Bosan jugak menunggu,nasib baik "tourist guide peramah dan mesra...Mr. Eric.
Memulakan perjalanan dengan melawat sekitar Kota Bandung yang sangat menarik perhatian dan sangat sejuk."waduh,gampang bangat kulit wajah menjadi lembut dan cantik disini"..(ekh,apehal plak slanga aku bertukar ni,baru 2 minit duduk sini,dh mcm org sini...haha).Bandung nie takdelah moden sangat berbanding Jakarta.tapi cuaca kat sini sangat nyaman, kiranya kalau nak berpakaian ala-ala Korea gitu, memang boleh lah.takde keluar peluh pun.

No comments:
Post a Comment