Friday, September 7, 2012

Bandung ( Part 4 - Final)

Dah selesai bercerita tentang part "missing" di kawasan yang tinggi dan berkabus, kita sambung plak shopink di kawasan paling heaven di Bandung ni. Actually aku bukan la org yang tersangat la "pro" dalam bab ni. Dari awal entry pasal Bandung pun dah boleh tengok kalau aku ni masuk carta shopink, konfem jadi org paling terendah sekali.Hehe.. Cuma dah Bandung ni telah diklasifikasikan sebagai salah satu syorga membeli-belah di Asia Tenggara ni, jadi tak salah rasanya bercerita tentang Pasar Baru.

Pasar Baru ni adalah last destinasi yang mampu menghabiskan segala- galanya pada anda. Sama ada wang, masa, tenaga dan segala-galanya. Jadi bersiap sedia la kerana anda akan rasa seperti tak percaya.haha.. Sebab aku yang bukan kaki shopink pun merasakan yang kalau tak shopink disini, kita akan rasa menyesal sebelum meninggalkan Bandung. Sebab itu jugak, tourist guide kami sanggup membatalkan segala lawatan ke tempat bersejarah dan memberi fokus kepada aktiviti ini. Kami diberi 4-5 jam untuk bershopink sahaja. Ha...kelas kau Jemah...maklumlah kat sini jadi millionare, jadi bershopink je la kejenyer.

Biar aku perkenalkan Pasar Baru secara lebih dekat. Pasar baru mempunyai 8 tingkat. Setiap tingkat / lantai menjual setiap jenis pakaian,telekung,beg,baju muslimah,tudung dan lain-lain berbeza mengikut aras dan tingkat.Tapi anda adalah amat disuggestkan untuk tidak membawa barang-barang berharga ke sini. Jika tiada pilihan,boleh bawa tetapi pastikan beg anda selalu berada di depan anda. Sebab kawasan ini merupakan kawasan hot "pencopet". Ini adalah saranan daripada tourist guide rombongan kami.



No comments:

Post a Comment