Sejarah ringkas Hari Raya AidilAdha ni bermula dengan pengorbanan murni Nabi Ismail a.s yang rela dikorbankan sebagai korban oleh ayahanda nya iaitu Nabi ibrahim a.s walaupun pada mulanya Nabi Ibrahim a.s tidak sanggup mengorbankan puteranya yang tercinta. Namun, keteguhan iman Nabi Ismail a.s yang rela berkorban demi mengelakkan ayahanda nya mengingkari perintah Allah SWT telah menjadikan ia satu peristiwa yang sangat mendalam dan bersejarah buat umat islam sejagat. So, dah taw la kan sejarah ringkasnyer. Lepas ni, kita boleh la share dengan sesapa yang bertanya pada kita tentang sejarah hari raya ni.
Kembali kepada kelaziman, kebiasaannya Hari Raya AidilAdha atau pun lebih dikenali sebagai Hari raya Qurban dipenuhi dengan amalan melakukan qurban ternakan dan juga aqiqah. Amalan ini telah dijelaskan dalam
“ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
Selain amalan berkorban haiwan, Hari Raya AidilAdha juga menjadi medium untuk kita melengkapkan diri dengan menunaikan rukun islam kelima iaitu menunaikan haji di Mekah.
Tengok org menunaikan haji,hati nie terpangil-pangil nak ke sana jugak.Teringin menjadi tetamu Allah di tempat yang penuh mawaddah dan barakah.Takpe,nanti mulakan dengan umrah dahulu.Jadi kepada semua, Selamat Hari Raya AidilAdha. Semoga pengorbanan kita menjadi satu titik tolak untuk arah yang lebih baik. InsyaAllah


No comments:
Post a Comment