Semalam masa carik balik buku-buku lama untuk preparation exam penolong juruaudit,tetiba aku jumpa satu surat. Hurm, bukan surat cinta taw.tapi surat yang bebudak kelas aku buat masa diploma dulu. Katanya surat luahan, sama ada kritikan terhadap kebaikan atau keburukan terhadap seseorang itu. Sebenarnya setiap orang dalam kelas aku akan dapat surat ini. Caranya senang je, setiap sampul surat akan ada nama korang, pastu setiap budak kelas lain akan bagitaw kebaikan dan keburukan korang,tapi masa diorang tulis tu, korang tak bleh baca. Nanti masa surat dah diserahkan baru la, korang bleh baca semua komen tu,tanpa korang taw sapa yang tulis. Melainkan la korang hafal rupa tulisan kengkawan korang. Macam aq, aq cam tulisan setiap orang. Haha, habislah sapa kutuk aku "kaw-kaw" tue.
Actually masa baca surat tu, terkejut jugak dengan komen-komen yang diberikan. Lagi-lagi part kritikan keburukan/kelemahan tu. Bukan tak bleh terima komen diorang,cuma cara penyampaian diorang tu sangat la kasar. No, that's not mean i'm so sensitive dan tak boleh ditegur! Cuma sebagai org yang dah matang at that time, aq rasa teguran utk kekurangan tu boleh diubah dalam kaedah yang lebih positif dan bermotivasi kan. Rasanya itu cara yang lebih baik.
Sebab mengikut pakar motivasi, emosi manusia adalah bergantung kepada persekitarannya. Perlu diingatkan juga bahawa bukan setiap manusia dapat melalui kadar tekanan yang tinggi, kerana semua ini bergantung kepada emosi serta pengalaman diri serta kisah hidup seseorang. Kalau tetiba lepas baca je kritikan pedas tu, terus orang yang kena komen tu sakit jantung macam ner? Ha, kan dah bersalah seumur hidup. Jadi, bukan setiap orang boleh menerima cara kritikan tersebut. Rasanya lebih baik kalau cara kita komen tu lebih kepada sikap nak menasihati sebagai seorang sahabat. Bukankah itu lebih baik kan?
Sebenarnya setiap manusia juga diberikan kelebihan dan kekurangan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita juga kena terima kelebihan dan kekurangan setiap orang. Bukan kita meminggirkan atau guna medium yang lain untuk kritik dan bidas dirinya. Tapi cuba terima kekurangannya dan bagi nasihat untuk sama-sama membantu memperbaiki. Hidup manusia saling membantu dan melengkapi. Bukan bila rasa banyak kekurangan dirinya, kita "pulaukan" dia dan jauhi dia. Kena bertindak lebih matang dan dengan hati yang bersih. Nescaya hidup kita pun dipermudahkan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment